Friday, 21 February 2014

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..hari ini Allah mempermudahkan tangan ini untuk memulakan coretan perjalanan hidupku sebagai seorang bakal pendidik bangsa.. In Shaa Allah... semoga coretan yang ringkas ini mampu memberi manfaat walaupun sedikit kepada para pembaca...

Nabi SAW bersabda yang mafhumnya : " Jika di tangan kamu ada biji benih kurma dan kamu tahu bahawa esoknya akan berlaku kiamat , maka tanamlah biji benih kurma itu dan jangan biarkan kiamat berlaku tanpa menanam biji benih tersebut "

Pengertian hadis ini adalah , selagi ada masa .. buatlah kebaikan . Walaupun esoknya bakal berlaku kiamat , tetapi selagi ada masa , buatlah seberapa banyak kebaikan yang boleh . Usahalah kerana Allah . Selagi bernyawa , kita masih berpeluang untuk bertaubat . 

Wahai sahabat, jangan kita berkira dan ragu untuk melakukan kebaikan disebabkan kita berfikir bahawa umur sudah lewat untuk melakukan kebaikan.. ambilllah iktibar daripada hadis ini... di saat-saat akhir pun kita masih disuruh membuat kebaikan sedangkan kita tidak tahu bila pengakhiran kita..

Ingatlah apabila seseorang anak adam itu meninggal ada 3 perkara yang tidak akan terputus pahalanya:

عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له
Maksud hadis :
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).

Hadis inilah yang memberi kekuatan kepada diri ini untuk berkongsi ilmu.. semoga bermanfaat buat kita semua...

1 comment:

  1. 5 videos showing the shooting of a man with a gun - Vimeo
    The video is from “Falling at the Races” and was taken down by a friend on April 18th youtube link to mp3 2020. It's very similar to the opening of a bar.

    ReplyDelete